Kalau Tak Dapat Juga Kerja Mengapa Tidak Berniaga

Posted by Samsul Rizal | Bisnes Online | Friday 16 January 2009 4:06 am

Proses mencari kerja merupakan proses yang amat memerlukan kesabaran. Bukan semua majikan mahukan kita bekerja dengan mereka. Lebih-lebih lagi jika graduan segar. Walau pun hakikatnya gaji yang perlu mereka bayar kepada graduan segar jauh lebih murah daripada pekerja yang berpengalaman.

Tidak mengapalah. Jika majikan tidak mahu menerima anda, biarkan mereka. Biarkan mereka rugi tidak mendapat pekerja sebaik anda. Alternatif kepada kerja untuk orang lain, megapa tidak bekerja sendiri. Ya! Kita berniaga.

Tetapi bagaimana pula nak berniaga jika modal pun kita tak ada. Jangan susah hati. Tidak semua perniagaan memerlukan modal yang besar. Anda boleh bermula berniaga dengan hampir tiada modal pun. Haa!! Bagaimana pula caranya?

Berniaga online!! Ramai yang sedang memperkatakan kehebatan berniaga online ini. Dengan hanya sebuah komputer dan talian internet, anda sudah boleh memulakan perniagaan internet. Yang menariknya, anda tidak perlu membeli stok terlebih dahulu. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat jualan sahaja. Segala proses penghantaran dilakukan oleh orang lain. Proses ini dipanggil dropshipping.

Anda boleh menggunakan portal lelongan seperti Lelong.com.my atau ebay.com.my untuk menjual produk yang anda pilih daripada dropshipper. Pendaftaran untuk menyertai kedua-dua portal ini adalah percuma. Cuma sedikit bayaran penyenaraian produk sahaja dikenakan. Kadarnya serendah 20 sen untuk satu produk.

Diharap anda dapat sedikit idea dengan membaca artikel ini. Dan diharap saya akan menjadi pembeli anda kelak. Selamat berjaya!

McAfee, Inc

1 Comment »

  1. Comment by PrawintarpDat — February 25, 2009 @ 8:45 am

    Thank you!

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment