Apa Nak Buat Kalau Tak Dapat Kerja

Posted by Samsul Rizal | Kerjaya | Wednesday 14 January 2009 1:54 pm

Ramai di antara kita berpengalaman menjadi seorang penganggur. Tetapi saya tidak. Ini kerana saya akan buat apa sahaja sebelum saya mendapat kerja yang selaras dengan taraf pendidikan saya. Tetapi kalau anda dah cuba untuk mencari kerja dan masih tak dapat juga, apa boleh buat.

Hakikatnya kita perlu satu pekerjaan yang boleh kita gunakan gajinya untuk menyara hidup. Amat beruntung bagi mereka yang tinggal dengan ibu bapa. Setidak-tidaknya buat sementara waktu boleh juga ibu bapa menyiapkan makan pakai kita. Ini amat bernasib baik.

Saya ingin berkongsi cerita seorang kawan yang saya kenali di pejabat saya ini. Apabila beliau tamat belajar, sewaktu itu krisis ekonomi Asia sedang melanda. Bukan saya tiada kerja kosong, majikan membuang pekerja ada la. Nasib baik beliau tidak menggunakan semua pinjaman MARA beliau. Beliau masih ada beberapa ribu ringgit lagi dalam bank simpanan beliau.

Apa yang beliau lakukan untuk menyara hidup? Nak kerja di kampung, tiada pula kerja-kerja di kampung yang memberi pulangan yang baik. Akhirnya setelah sembahyang Istikharah, beliau mendapat satu jalan, iaitu menyertai MLM.

Ramai di antara kita yang phobia dengan perkataan MLM ni. Kata mereka MLM ni meniaga larut malam. Tetapi apa boleh buat, itulah keputusan yang telah dibuat. Nak dipendekkan cerita, beliau berjaya menjadi seorang usahawan MLM yang agak berjaya. Maknanya, hasil jualan produk-produk MLM dan orang-orang yang ada di bawah jaringan beliau cukup untuk menyara hidup selama 2 tahun. Harus diingat, beliau sudah pun berumah tangga. Kahwin pun pakai duit MLM.

Akhirnya beliau dapat juga kerja yang selaras dengan pendidikan beliau. Alhamdulillah. Bila saya tengok sahaja beliau, saya akan lebih bersemangat kerana beliau pun boleh berjaya dengan hanya menjadi ahli MLM. Inikan pula saya yang telah pun mempunyai kerja tetap.

Masalah kewangan tak semua orang ada masalah kewangan. Cuma yang membezakan kita semua adalah berapa yang kita dapat dan berapa pula yang kita belanjakan. Selagi perbelanjaan tidak melebihi pendapatan, kita selamat. Tetapi jika perbelanjaan melebihi pendapatan, seharusnya kita mula berfikir untuk mencari sumber pendapatan tambahan.

McAfee, Inc

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment