Pekerjaan Pertama Anda

Posted by Samsul Rizal | Kerjaya | Tuesday 13 January 2009 11:40 am

Bagi kebanyakan pelajar (termasuklah saya), SPM adalah selangkah ke arah kebebasan. Apabila tamat kertas terakhir SPM, jeritan MERDEKA akan kedengaran yang dilaungkan oleh lepasan SPM. Ini kerana mereka bebas daripada alam persekolahan yang dipenuhi dengan pelbagai peraturan.

Jika anda tidak bercadang mengambil STPM, universiti merupakan sasaran anda (sama seperti saya). Sementara menunggu keputusan SPM diumumkan, anda pasti tidak mahu membuang masa dengan tidak membuat apa-apa. Semestinya anda mencari pekerjaan sementara yang boleh memberikan anda RM500 - RM700 sebulan.

Apakah pekerjaan pilihan anda? Dalam pengamatan saya apabila berjalan-jalan di kompleks membeli-belah, ramai pembantu kedai terdiri daripada mereka yang masih muda. Jarang sekali saya melihat insan seusia saya bekerja sebagai pembantu kedai. Biasanya kerjaya sebagai pembantu kedai diberi gaji di antara RM500 - RM700.

Adakah ini pekerjaan pertama anda? Jika ya, tahniah saya ucapkan.

Selain daripada menjadi pembantu kedai, ramai juga yang mencari kerja di pejabat seperti menjadi kerani. Ada juga yang menggunakan agen pencari pekerjaan untuk mendapat kerja yang diidam-idamkan seperti menggunakan perkhidmatan Kelly Services Sdn Bhd.

Walau apa pun pekerjaan anda, jangan lupa matlamat anda untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti jika keputusan SPM anda memenuhi kriteria yang diperlukan. Dengan berjaya mendapat Sijil, Diploma atau Ijazah, anda akan berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Belajarlah setinggi mana yang anda mampu.

Musicnotes.com

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment