Cara Buat Duit Melalui Program Affiliate

Posted by Samsul Rizal | Bisnes Online | Monday 14 September 2009 2:23 am

Salah satu cara untuk menjana pendapatan pasif dari internet adalah dengan menyertai program affiliate. Cara untuk menyertai program affiliate amatlah mudah dan percuma (kebanyakannya). Namun jika produk tersebut benar-benar bagus dan berkualiti, kadang-kadang ia memerlukan sedikit deposit (tetapi hampir tiada program affiliate sebegini).

Sebelum menyertai mana-mana program affiliate, biasanya kita perlu sebuah laman web atau blog seperti ini untuk mendaftar sebagai publisher. Ini kerana biasanya tuan punya program affiliate ini akan menyemak laman web atau blog kita agar bersesuaian dengan perkhidmatan dan produk mereka. Contoh portal affiliate adalah Linkshare dan Commision Junction.

Tetapi jika anda tidak mampu untuk memiliki blog seperti blog myringgit.com.my ini, anda boleh menggunakan blogspot atau pun Wordpress. Tetapi laman blog percuma seperti ini tidak membenarkan kita memasukkan kod html yang dibekalkan oleh tuan punya program affiliate.

Tetapi jangan khuatir, masih ada program affiliate yang anda boleh sertai seperti di Clickbank. Anda perlu mendaftar sebagai publisher di Clickbank dan pendaftaran ini adalah percuma. Kemudian, anda pilihlah produk yang bersesuaian untuk dipromosikan. Kod html dan url produk dengan akaun affiliate anda disertakan bagi membolehkan anda mendapat komisyen.

Jika anda masih baru dengan program affiliate atau mendengar perkataan affiliate ini di blog saya, saya ada cadangan untuk memahirkan diri dengan program affiliate ini. Seorang usahawan internet dari Singapura telah pun menyiapkan sebuah produk yang dipanggil Secret Affiliate Weapon 2.0 dan segala jawapan tentang menjana pendapatan dalam program affiliate akan terjawab.

LinkShare_468x60v1

Pakej Lengkap Ebook dan Video Tutorial Bisnes Internet

Posted by Samsul Rizal | Bisnes Online | Saturday 12 September 2009 10:08 am

Untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan internet, walau pun masih baru namun saya percaya anda telah pun mahir menggunakan email seperti Yahoo Mail, Gmail dan Hotmail. Paling tidak pun anda telah menyertai rangkaian sosial seperti Friendster, Tagged dan Facebook. Fokus saya kali ini adalah untuk mendedahkan kepada anda kepada asas pembinaan laman web untuk membuat jualan pertama anda di internet. Ya, kita bisnes melalui internet.

Seorang usahawan internet iaitu Mohd Najib Kasimin telah pun menyiapkan pakej khusus untuk anda memulakan perniagaan melalui internet daripada sifar. Saya telah membaca dan menonton video tutorial beliau dan saya boleh jamin anda boleh membina web jualan.

Pakej ini mengandungi 8 modul bertulis dan disertakan dengan video tutorial yang saya kira amatlah lengkap sehingga saya sendiri tak tahu di mana kelemahan pakej ini.

Walau pun harga bagi pakej ini agak mahal iaitu RM170 sehingga pos ini ditulis, namun jika dinilai daripada isi kandungan pakej ini ianya masih murah.

Saranan saya, jika anda serius untuk bisnes melalui internet, inilah pakej tutorial yang wajib anda miliki dan pelajari. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pakej ini, sila klik di sini.

perniagaan internet

Menjana Pendapatan Daripada Internet Di Rumah

Posted by Samsul Rizal | Bisnes Online | Saturday 18 April 2009 5:03 am

Kegawatan ekonomi sekarang ini membuka mata ramai penjawat awam dan swasta untuk mencari sumber pendapatan kedua. Ada yang berniaga kecil-kecilan, menjalankan perniagaan Multi Level Marketing dan ada yang tidak tahu apa nak dibuat.

Hari ini saya perkenalkan satu cabang untuk menjana pendapatan iaitu pendapatan melalui internet. Saya tahu di Malaysia sekarang ini ramai tenaga pengajar yang mengajarkan cara-cara mendapatkan pendapatan daripada internet. Ramai juga yang telah berjaya. Tahniah saya ucapkan.

Bagi yang tidak tahu bagaimana hendak bermula, di sini saya ceritakan satu sistem mudah untuk menjana pendapatan daripada internet. Sistem ini dicipta oleh seorang pakar Internet Marketer daripada Singapura yang bernama Ewan Chia. Beliau menggariskan tiga langkah mudah untuk menjana pendapatan daripada internet.

Ewen Chia telah membuktikan dengan cara beliau ini mampu menjana $150,000 dalam masa 30 hari. Wow! Teruja juga saya mendengarnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, silalah lihat di laman web Ewen Chia dengan klik di sini.

Forex Auto Pilot Expert Advisor

Posted by Samsul Rizal | Dagangan Matawang Asing | Monday 16 March 2009 8:25 pm

Bagi anda yang ingin mencari punca kewangan kedua, FOREX adalah salah satu caranya. Tetapi untuk mehir dalam dagangan FOREX ini memakan sedikit masa. Bagi mereka yang tidak mahu menghabiskan banyak masa mendalami FOREX, cara pintas adalah dengan memasang Auto Pilot Expert Advisor pada perisian Meta Trader 4.

Ada banyak perisian auto pilot di pasaran sekarang. Antaranya adalah FAP Turbo, Forex Maestro, Forex Auto Pilot dan Forex Fantasy. Anda boleh melihat-lihat ke laman web mereka dengan klik pada link-link pada ayat sebelum ini.

eToro

Sebelum Nak Berniaga

Posted by Samsul Rizal | Bisnes Online | Thursday 26 February 2009 10:00 am

Sebelum nak berniaga, anda perlulah tahu bidang kepakaran anda. Berniaga mengikut kepakaran merupakan satu kunci yang amat kuat untuk anda terus berminat dengan bisnes anda. Ada kalanya peniaga berniaga berdasarkan minat atau hobi. Katakan anda minat memancing, anda boleh bisnes menjual joran pancing umpamanya.

Bagi yang masih tercari-cari jenis bisnes yang akan dijalankan, saya amat menggalakkan anda untuk menganalisis kata kunci yang menjadi carian di internet. Ini boleh membantu anda untuk mendapatkan pasaran yang sememangnya sudah anda permintaannya. Anda boleh gunakan khidmat Wordtracker untuk mencari kata kunci tersebut.

Kalau Tak Dapat Juga Kerja Mengapa Tidak Berniaga

Posted by Samsul Rizal | Bisnes Online | Friday 16 January 2009 4:06 am

Proses mencari kerja merupakan proses yang amat memerlukan kesabaran. Bukan semua majikan mahukan kita bekerja dengan mereka. Lebih-lebih lagi jika graduan segar. Walau pun hakikatnya gaji yang perlu mereka bayar kepada graduan segar jauh lebih murah daripada pekerja yang berpengalaman.

Tidak mengapalah. Jika majikan tidak mahu menerima anda, biarkan mereka. Biarkan mereka rugi tidak mendapat pekerja sebaik anda. Alternatif kepada kerja untuk orang lain, megapa tidak bekerja sendiri. Ya! Kita berniaga.

Tetapi bagaimana pula nak berniaga jika modal pun kita tak ada. Jangan susah hati. Tidak semua perniagaan memerlukan modal yang besar. Anda boleh bermula berniaga dengan hampir tiada modal pun. Haa!! Bagaimana pula caranya?

Berniaga online!! Ramai yang sedang memperkatakan kehebatan berniaga online ini. Dengan hanya sebuah komputer dan talian internet, anda sudah boleh memulakan perniagaan internet. Yang menariknya, anda tidak perlu membeli stok terlebih dahulu. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat jualan sahaja. Segala proses penghantaran dilakukan oleh orang lain. Proses ini dipanggil dropshipping.

Anda boleh menggunakan portal lelongan seperti Lelong.com.my atau ebay.com.my untuk menjual produk yang anda pilih daripada dropshipper. Pendaftaran untuk menyertai kedua-dua portal ini adalah percuma. Cuma sedikit bayaran penyenaraian produk sahaja dikenakan. Kadarnya serendah 20 sen untuk satu produk.

Diharap anda dapat sedikit idea dengan membaca artikel ini. Dan diharap saya akan menjadi pembeli anda kelak. Selamat berjaya!

McAfee, Inc

Apa Nak Buat Kalau Tak Dapat Kerja

Posted by Samsul Rizal | Kerjaya | Wednesday 14 January 2009 1:54 pm

Ramai di antara kita berpengalaman menjadi seorang penganggur. Tetapi saya tidak. Ini kerana saya akan buat apa sahaja sebelum saya mendapat kerja yang selaras dengan taraf pendidikan saya. Tetapi kalau anda dah cuba untuk mencari kerja dan masih tak dapat juga, apa boleh buat.

Hakikatnya kita perlu satu pekerjaan yang boleh kita gunakan gajinya untuk menyara hidup. Amat beruntung bagi mereka yang tinggal dengan ibu bapa. Setidak-tidaknya buat sementara waktu boleh juga ibu bapa menyiapkan makan pakai kita. Ini amat bernasib baik.

Saya ingin berkongsi cerita seorang kawan yang saya kenali di pejabat saya ini. Apabila beliau tamat belajar, sewaktu itu krisis ekonomi Asia sedang melanda. Bukan saya tiada kerja kosong, majikan membuang pekerja ada la. Nasib baik beliau tidak menggunakan semua pinjaman MARA beliau. Beliau masih ada beberapa ribu ringgit lagi dalam bank simpanan beliau.

Apa yang beliau lakukan untuk menyara hidup? Nak kerja di kampung, tiada pula kerja-kerja di kampung yang memberi pulangan yang baik. Akhirnya setelah sembahyang Istikharah, beliau mendapat satu jalan, iaitu menyertai MLM.

Ramai di antara kita yang phobia dengan perkataan MLM ni. Kata mereka MLM ni meniaga larut malam. Tetapi apa boleh buat, itulah keputusan yang telah dibuat. Nak dipendekkan cerita, beliau berjaya menjadi seorang usahawan MLM yang agak berjaya. Maknanya, hasil jualan produk-produk MLM dan orang-orang yang ada di bawah jaringan beliau cukup untuk menyara hidup selama 2 tahun. Harus diingat, beliau sudah pun berumah tangga. Kahwin pun pakai duit MLM.

Akhirnya beliau dapat juga kerja yang selaras dengan pendidikan beliau. Alhamdulillah. Bila saya tengok sahaja beliau, saya akan lebih bersemangat kerana beliau pun boleh berjaya dengan hanya menjadi ahli MLM. Inikan pula saya yang telah pun mempunyai kerja tetap.

Masalah kewangan tak semua orang ada masalah kewangan. Cuma yang membezakan kita semua adalah berapa yang kita dapat dan berapa pula yang kita belanjakan. Selagi perbelanjaan tidak melebihi pendapatan, kita selamat. Tetapi jika perbelanjaan melebihi pendapatan, seharusnya kita mula berfikir untuk mencari sumber pendapatan tambahan.

McAfee, Inc

Pekerjaan Pertama Anda

Posted by Samsul Rizal | Kerjaya | Tuesday 13 January 2009 11:40 am

Bagi kebanyakan pelajar (termasuklah saya), SPM adalah selangkah ke arah kebebasan. Apabila tamat kertas terakhir SPM, jeritan MERDEKA akan kedengaran yang dilaungkan oleh lepasan SPM. Ini kerana mereka bebas daripada alam persekolahan yang dipenuhi dengan pelbagai peraturan.

Jika anda tidak bercadang mengambil STPM, universiti merupakan sasaran anda (sama seperti saya). Sementara menunggu keputusan SPM diumumkan, anda pasti tidak mahu membuang masa dengan tidak membuat apa-apa. Semestinya anda mencari pekerjaan sementara yang boleh memberikan anda RM500 - RM700 sebulan.

Apakah pekerjaan pilihan anda? Dalam pengamatan saya apabila berjalan-jalan di kompleks membeli-belah, ramai pembantu kedai terdiri daripada mereka yang masih muda. Jarang sekali saya melihat insan seusia saya bekerja sebagai pembantu kedai. Biasanya kerjaya sebagai pembantu kedai diberi gaji di antara RM500 - RM700.

Adakah ini pekerjaan pertama anda? Jika ya, tahniah saya ucapkan.

Selain daripada menjadi pembantu kedai, ramai juga yang mencari kerja di pejabat seperti menjadi kerani. Ada juga yang menggunakan agen pencari pekerjaan untuk mendapat kerja yang diidam-idamkan seperti menggunakan perkhidmatan Kelly Services Sdn Bhd.

Walau apa pun pekerjaan anda, jangan lupa matlamat anda untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti jika keputusan SPM anda memenuhi kriteria yang diperlukan. Dengan berjaya mendapat Sijil, Diploma atau Ijazah, anda akan berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Belajarlah setinggi mana yang anda mampu.

Musicnotes.com

Pelajaran Menjamin Masa Depan

Posted by Samsul Rizal | Pendidikan | Tuesday 13 January 2009 2:07 am

Sejak dari dulu kita diajar untuk belajar rajin-rajin, belajar tinggi-tinggi sampai ke universiti. Mungkin ini kerana ibu bapa kita tidak dapat berbuat sedemikian sewaktu mereka muda. Mungkin juga ibu bapa kita telah mendapat suatu pengajaran dalam hidup mereka bahawa pelajaran itu sangat penting.

Hakikatnya sewaktu kita muda dan masih di bangku sekolah, kita juga kadang-kadang tidak dapat melihat betapa pelajaran itu penting. Apabila kita habis menduduki SPM atau STPM kita sibuk mahu mencari kerja dan tidak mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Bila sudah mendapat kerja dan memegang duit beratus-ratus ringgit sebulan, kita akur bahawa wang tersebut tidak mencukupi untuk meneruskan hidup dengan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi terutama kos sara hidup di bandar-bandar besar.

Barulah kita kemudiannya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Mujurlah semua kriteria yang diperlukan untuk memasuki universiti ada pada keputusan SPM atau STPM kita. Jika tidak terpaksalah kita melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Formula belajar tinggi-tinggi ini memang telah lama digunakan oleh sesetengah rakyat Malaysia. Bagi mereka hanya pelajaran sahaja yang dapat menjamin masa depan. Ada benarnya formula ini. Jika kita lihat ramai penjawat-penjawat jawatan tertinggi sesebuah organisasi terdiri daripada mereka yang berpelajaran tinggi.

Apabila melihat rakan-rakan sekerja mula mendapat peluang menjawat jawatan yang lebih tinggi, mula terasa kerugian tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Rasanya tidak cukup dengan memegang Diploma atau Sijil sahaja. Mujurlah di Malaysia ada juga universiti yang menawarkan kerja sambil belajar. Dapatlah kita terus melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jika anda mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, jangan sia-siakan peluang tersebut. Kadang-kadang peluang hanya datang sekali. Sesiapa yang bijak menggunakan peluang, merekalah yang akan berjaya.

FTPress.com (Pearson Education)

Derma Ikhlas Untuk Blog Ini

Posted by Samsul Rizal | Derma Ikhlas | Monday 12 January 2009 4:35 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke blog My Ringgit. Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan sumbangan untuk blog ini supaya ia terus hidup dan percuma.

Sumbangan melalui Paypal menggunakan kad kredit, sila klik di sini.

Sumbangan melalui Maybank2u, sila bank in ke akaun Maybank 114084148100.

FTPress.com (Pearson Education)